Tangisan dibumi palestin..
Tuesday 4 December 2012 | 0 comments
Mereka juga pernah angankan hidup dalam sebuah negara yang harmoni..
Kanak-II disana juga punya keinginan untuk bermain bebas dan belajar dalam keadaan aman bersama rakan-II yang sebaya dengan mereka.
Tapi pada umur sekecil mereka telah belajar apa itu ketakutan , kehilangan , dan keganasan ..
Pada umur sekecil mereka telah kehilangan keluarga & rakan-II tersayang dalam keadaan yang
tragis..
Letupan bom dan bunyi tembakan bagaikan melodi yang
wajib didengari dibumi Gaza..
Keganasan demi keganasan ..
Dilakukan tanpa perikemanusiaan..
Pelbagai kekejaman dilakukan bagi membunuh penduduk Gaza..
Tangisan mereka tak mampu kita dengari...
Rintihan mereka adakah ada yang peduli ?
Mereka terlalu kecil untuk mengerti apa yang terjadi..
Terlalu kecil untuk memahami kesakitan apaa yang mereka rasai..
Mereka hidup dalam ketakutan dibumi sendiri..
Ayah , ibu dan adik beradik entah hidup entahkan tidak..
:'(
Mereka dibunuh dengan kejam...
Kematian sudah tidak asing lagi dibumi mereka..
Bilakah kebebasan dan keamanan akan muncul
kepada mereka ?
Kesedihan+Ketakutan melihat saudara kematian
saudara sendiri..
Apakah mereka memahami apa yang berlaku ?
Hentikanlah tangisan mereka..
Bantulah mereka dengan Doa..
Sesungguhnya mereka sudah tak berdaya lagi..
Mereka sudah letih dengan kekejaman yang merajai
bumi mereka...